Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut

Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut

JOHOR BAHRU – Keluarga arwah cikgu wanita yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, masih belum boleh menuntut jenazah Allahyarhamah untuk dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan, bagi tujuan pengebumian.

Suami Allahyarham, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata, mereka juga tidak menerima makluman daripada Unit Forensik Hospital Melaka berhubung urusan tuntutan jenazah isterinya.



Tambahnya, dia dimaklumkan polis masih lagi menggerakkan usaha mengesan saki baki anggota badan isterinya yang masih belum ditemui.

“Setakat ini, saya belum dapat panggilan sama ada dari pihak polis mahupun hospital berhubung urusan menuntut jenazah arwah isteri saya.

“Saya difahamkan gerakan mencari bahagian anggota badan hilang yang lain masih diteruskan, namun saya belum mendengar apa-apa perkembangan terkini mengenainya pencarian itu.

“Kami semua hanya tunggu buat masa ini dan berharap urusan tuntutan jenazah ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita hari ini. K Online



Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker