Jangan kritik Mufti Terengganu – Khairuddin
Fahami maksud sebenar dakwah Islam
Jangan kritik Mufti Terengganu – Khairuddin
Mana-mana pihak tidak wajar mengkritik kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron berhubung isu dakwah di rumah ibadat agama lain, sebaliknya memahami maksud sebenar dakwah Islam.
Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, setiap muslim mempunyai tanggungjawab dakwah dengan maksud membawa mesej Islam di mana sahaja mereka berada.
“Apabila Mufti Terengganu menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah, ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau.
Sementara itu, Mohd. Khairuddin berkata, mana-mana majlis perundingan agama bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap maksud dakwah Islam yang menjadi sebahagian tanggungjwab muslim sebagaimana disebut oleh Mufti Terengganu.
Tambahnya, dakwah Islam adalah seruan ke arah kedamaian manusia sejagat bukan hanya mengajak bukan Islam memeluk agama Islam.
Jelas beliau, para ulama Islam juga berbeza pendapat berkenaan hukum memasuki rumah ibadat bukan Islam dengan ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan atau memakruhkan.
“Mazhab Hanafi mengharamkan secara mutlak. Mazhab Maliki memakruhkan. Mazhab kita Syafie mengharamkan sekiranya terdapat patung-patung.
“Satu pendapat yang dipegang dalam Mazhab Hambali pula mengharuskan secara mutlak,” katanya.
Bagaimanapun, tambah beliau, Fatwa Lajnah Tetap Saudi mengharuskan jika ia menjadi permulaan kepada dakwah Islam dengan syarat tidak dibimbangi terpengaruh dengan akidah dan amalan kebiasaan serta upacara ibadat mereka.
Media sebelum ini melaporkan kenyataan Mohamad Sabri yang membenarkan umat Islam masuk ke rumah ibadat agama lain dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
Bagaimanapun, tegas Mohamad Sabri, sekiranya hadir tanpa sebarang justifikasi, maka ia bertentangan dengan syariat agama.
Kenyataan beliau itu susulan sebuah video yang tular di media sosial berkenaan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak.
Video itu mencetuskan kebimbangan warga maya apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam. MG
Jangan kritik Mufti Terengganu – Khairuddin
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.