Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat

Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat

Anak seniman Jins Shamsuddin–Jeffrey Jins dan Hang Tuah @ Shazrin–gagal dalam rayuan saman berhubung dakwaan adik mereka Putera Hang Jebat memalsukan dokumen surat kuasa wakil (PA) membabitkan jualan tanah di Gombak, Selangor.

Tanah seluas 0.265 hektar di Kampung Pasir itu dijual dengan harga RM2.75 juta.



Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai P Ravinthran, bersama Collin Lawrence Sequerah dan Ahmad Kamal Md Shahid, sebulat suara menolak rayuan itu.

Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam membuat keputusan bahawa PA yang ditandatangani oleh Jins adalah sah, lapor Berita Harian.

Peguam Adnan Seman yang mewakili responden kedua–Rosal Azimin Ahmad–mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.



Adnan berkata, Mahkamah Rayuan setuju dengan hujahannya bahawa Seksyen 68 Akta Keterangan turut terpakai bagi mengesahkan penyempurnaan PA berkenaan.

Hakim memerintahkan Jeffrey dan Hang Tuah selaku perayu membayar kos RM10,000 setiap seorang kepada Putera Hang Jebat selaku responden pertama; peguam, Rosal Azimin Ahmad dan pembeli tanah Barakatul Kamaria Ahmad selaku responden kedua dan ketiga.

Jeffrey dan Hang Tuah memfailkan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Mac 2023 yang memutuskan bahawa PA yang melantik adik mereka sebagai pentadbir adalah sah.

Jeffrey adalah anak sulung hasil perkahwinan Jins dengan pelakon Rahmah Rahmat manakala Hang Tuah anak kedua arwah hasil perkahwinan dengan Jamilah Shukor.



Allahyarham Jins juga mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim hasil perkahwinan dengan Halijah Abdullah. Mk

Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker