Hairul Azreen dapat hadiah raket Olimpik dari Lee Zii Jia

Hairul Azreen dapat hadiah raket Olimpik dari Lee Zii Jia

UNTUNG menjadi Hairul Azreen apabila pemain badminton perseorangan negara yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia menghadiahkan raket badminton yang digunakan di temasya itu kepadanya.

Momen istimewa itu dikongsikan Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 36, dalam akuan Instagram.



Lee Zii Jia telah berkunjung ke rumah pelakon itu dan membawa bulu tangkis serta raket yang digunakannya sewaktu bertarung mendapatkan pingat gangsa tempoh hari.

Ini adalah raket yang digunakan semasa perlawanan untuk meraih pingat gangsa. Ada dua yang saya gunakan. Ini adalah salah satu daripadanya,” kata Zii Jia dalam video tersebut.

Selepas mendapat raket tersebut daripada Zii Jia, Hairul berkata dia akan membingkaikan raket tersebut.

Zii Jia turut menghadiahkan bulu tangkis yang digunakan dalam perlawanan bersejarah itu kepada anak perempuan Hairul iaitu Alisa Aisyah yang merupakan peminat setianya.



Hubungan baik antara Zii Jia dan Hairul sering menjadi perhatian serta bualan ramai.

Sebelum berangkat ke Paris, Zii Jia sempat bertandang je rumah aktor itu dan selepas pulang dari Paris, dia sekali lagi hadir dan kali ini dilihat menikmati hidangan nasi lemak pula.

Terdahulu, pada 5 Ogos lalu , Lee Zii Jia, 26, berjaya menewaskan pemain dari India, Lakshya Sen sekali gus berjaya menghadiahkan pingat gangsa kepada negara. HG

Hairul Azreen dapat hadiah raket Olimpik dari Lee Zii Jia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker