CEO Encorp digantung tugas, saham catat penurunan
CEO Encorp digantung tugas, saham catat penurunan
Saham Encorp Bhd susut pada dagangan hari ini selepas syarikat menggantung tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Hazurin Harun bagi memudahkan siasatan dalaman berkaitan dakwaan yang dibuat membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada rehat tengah hari ini, saham Encorp susut 0.05 sen atau 1.96 peratus kepada 25 sen.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pemaju hartanah itu berkata Hazurin telah digantung berkuat kuasa serta merta, sehingga pengumuman lanjut oleh lembaga pengarah.
Encorp telah menyatakan bahawa syarikat itu akan meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa dalam tempoh penggantungan.
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan, Kamarul Azman Kamarozaman@Amir, akan dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab dan akan memikul tugas dan fungsi CEO kumpulan buat sementara waktu.
Encorp, merujuk kepada kenyataan dikeluarkan SPRM berhubung reman tiga pegawainya pada 8 Ogos 2024, berkata ia komited terhadap tadbir urus yang baik dan ketelusan sepanjang proses siasatan.
“Syarikat memantau dengan teliti keadaan untuk memastikan pematuhan penuh dan menegakkan komitmen teguh kami terhadap integriti,” katanya dalam makluman berasingan.
Sabtu lalu, SPRM mengesahkan penahanan tiga individu, termasuk seorang CEO Kumpulan, kerana disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat senaraian awam.
Menurut sumber SPRM, semua suspek itu ditahan sekitar jam 7 hingga 9 malam pada 8 Ogos ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.
“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek juga dipercayai terbabit dalam penubuhan sebuah syarikat tidak diluluskan Ahli Lembaga Pengarah, bagi tujuan menjalankan projek kerjasama bernilai kira-kira RM258 juta.
“Selain itu, mereka turut disyaki terbabit penyelewengan dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat berkenaan yang bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya.
Encorp dimiliki 67.13 peratus oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh FELDA yang berfungsi sebagai sayap pelaburan agensi yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Syarikat itu menumpukan terutamanya kepada pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembinaan dan konsesi. BH
CEO Encorp digantung tugas, saham catat penurunan
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.