Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata
Arshad Nadeem memberi emas olimpik pertama kepada Pakistan.
Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata
Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem menerima pengiktirafan meluas dan ganjaran kewangan sangat lumayan, hanya beberapa jam selepas memenangi pingat emas pada temasya sukan Olimpik Paris, lapor laman berita DNA India.
Arshad menjadi tajuk utama berita tempatan dan luar negara apabila memenangi pingat emas acara tersebut sebelum Olimpik Paris 2024 menutup tirainya baru-baru ini.
Ketua Menteri wilayah Punjab, Maryam Nawaz mengumumkan hadiah wang tunai sebanyak 100 juta rupee Pakistan (RM1.59 juta) untuk Arshad.
Selain itu, Datuk Bandar Karachi, Murtaza Wahab pula memberikan wang ganjaran sebanyak 50 juta rupee Pakistan (RM795,850) kepadanya.
Murtaza turut mendedahkan rancangan untuk menubuhkan sebuah akademi sukan di Karachi yang akan dinamakan sempena nama Arshad Nadeem.
Semua ganjaran tersebut akan meningkatkan nilai kekayaan bersih Arshad yang ketika ini dianggarkan memiliki aset kurang 10 juta rupee Pakistan (RM159,170).
Bermula sebagai atlet kurang dikenali, Arshad pada awal kariernya tiada wang untuk membeli lembingnya sendiri.
Dia menggunakan wang derma rakan-rakan sekampung dan saudara-mara untuk pergi ke bandar bagi menjalani latihan dan menyertai acara sukan merejam lembing, lapor laman berita NDTV.
Dalam sukan Olimpik Paris baru-baru ini, Arshad berada pada tahap terbaiknya ketika Pakistan memerlukan dia beraksi dengan baik.
Dalam percubaan kedua di pusingan akhir, Arshad merejam lembing pada jarak 92.97 meter.
Rejaman itu bukan sahaja membantu dia meraih pingat emas pertama dan terakhir untuk Pakistan pada Olimpik tahun ini, namun turut mencipta rekod baharu Olimpik. K Online
Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET