Suspek bukan bekas kekasih arwah Cikgu Istiqomah – Suami

Suspek bukan bekas kekasih arwah Cikgu Istiqomah – Suami

PASIR GUDANG: Keluarga Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, menafikan suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhannya adalah bekas teman lelaki mangsa.

Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata mereka hanyalah rakan niaga.



Susulan itu, keluarganya berharap perkara itu diperbetulkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan tanggapan buruk terhadap arwah isterinya yang sudah pulang kepada Pencipta.

“Suspek bukan bekas teman lelaki, dia hanya rakan niaga. Polis yang menjalankan siasatan juga menasihati kami supaya tidak mendengar pihak lain.

“Kami difahamkan mereka berhubung berkaitan perniagaan dan bukan atas tujuan lain,” katanya.

Mohd Yusof berkata, keluarganya menyerahkan kes itu kepada polis supaya suspek dibawa ke muka pengadilan.



“Kami berharap diberi ruang kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku kepada arwah.

“Pelbagai usaha menjejakinya dilakukan sebelum ini, kami tak sangka dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember lalu

Sehari kemudian, polis mengesahkan menerima laporan kehilangannya.



Bagaimanapun, pada semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah. BH

Suspek bukan bekas kekasih arwah Cikgu Istiqomah – Suami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker