Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta

Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta

Jika anda pernah bermimpi untuk memiliki sebuah pulau peribadi di Malaysia, mungkin ini adalah masanya kerana terdapat sebuah pulau untuk dijual di Dungun, Terengganu.

Sebuah pulau kini ditawarkan dengan harga RM28 juta dan impian anda untuk menjadi ‘raja’ di pulau sendiri mungkin boleh direalisasikan.

Dikongsikan di laman media sosial X oleh @xirfnx, pulau ini bukan sahaja menawarkan ketenangan dan privasi, tetapi juga potensi pelaburan yang besar.

Dengan alam semula jadi yang cantik, pantai berpasir putih, dan air laut yang jernih, pulau ini adalah lokasi ideal untuk membina resort mewah, tempat percutian eksklusif, atau sekadar menjadi tempat beristirahat peribadi jauh dari hiruk-pikuk kota.

Pulau ini terletak di Dungun, Terengganu satu kawasan paling strategik di Malaysia dan berdekatan dengan pulau-pulau lain seperti Redang, Perhentian dan Kapas.

Dengan harga permintaan RM28 juta, ia mungkin nampak macam mahal, tetapi jika dibandingkan dengan nilai potensi dan peluang yang bakal diperoleh, ia sebenarnya satu pelaburan yang berbaloi.

Bayangkan memiliki tanah yang luas tanpa sebarang gangguan, dikelilingi keindahan alam yang sukar dicari ganti.

Untuk rekod, ini bukanlah pertama kali juala pulau di Malaysia berlaku. Tahun lalu, pulau-pulau di Sabah juga telah ditawarkan kepada orang luar untuk dimiliki dengan harga lebih murah iaitu RM18 juta.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, sebahagian daripada pulau Pom Pom, berhampiran pulau Sipadan, Sabah ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berminat.

Kawasan tersebut tidak didiami oleh sesiapa dan berkeluasan 7.3 ekar.

Berdasarkan laporan New Straits Times, setakat ini ada seorang individu yang serius untuk membeli hartanah berkenaan pada harga sedikit rendah daripada yang diiklankan.

Difahamkan, terdapat 19 pemilik yang memiliki tanah di pulau tersebut namun hanya satu kawasan sahaja yang diiklankan untuk dijual di Facebook.

Pulau Pom Pom terletak 30km timur laur Semporna dan terkenal dengan keindahan terumbu karang di sekitar pulau berkenaan. Airnya yang biru menjadikan pulau ini sangat indah dan tenang untuk didiami. Vc

Pulau di Dungun untuk dijual dengan harga RM28 Juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker