Malaysia #QuranHour cetus budaya al-Quran dalam kehidupan – Mohd Sukki

Malaysia #QuranHour cetus budaya al-Quran dalam kehidupan – Mohd Sukki

Program Malaysia #QuranHour mempunyai peranan penting dalam mencetus budaya al-Quran dalam kualiti kehidupan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, pendekatan tersebut perlu diteruskan bagi membentuk satu kesedaran dan penghayatan kepada orang ramai supaya mementingkan al-Quran dalam hidup mereka.



“Jadi di situ peringatan demi peringatan sentiasa diadakan, manakala tugas kita pula untuk meneruskan budaya al-Quran itu dalam kehidupan seharian.

“Sebab orang kita ini biasa memadai dengan membaca al-Quran, belajar tajwid, habis khatam al-Quran itu dikira sudah selesai, maka ditinggalkan (amalan baca al-Quran).

“Akhirnya mereka tidak faham al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Ujar Mohd Sukki yang memegang peranan sebagai Pesan Tokoh itu, program berkenaan turut menggalakkan konsep tadabbur yang mana orang ramai dapat mengenal serta memahami makna-makna ayat suci yang terkandung al-Quran.



“Malaysian #QuranHour ini juga hendak ajar kita bukan sekadar membaca sahaja tetapi tadabbur ayat al-Quran.

“Sebab itu diambil beberapa surah contohnya al-Jumu’ah dan al-Hujurat. Untuk kita menghayatinya satu persatu dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan kita. Itu penting,” ujarnya.

Sementara itu, menurut beliau, penganjuran program yang berpandukan surah al-Jumu’ah dan surah al-Hujurat itu turut membentuk sifat menjalin hubungan sesama manusia dengan cara betul.

“Contohnya dalam konteks negara, kita hendak membina negara ke arah kebaikan sebab itu kita perlu kepada saling hormat-menghormati, ada sifat kasih sayang, bersatu padu dan sebagainya.



“Itu antara (elemen dalam) surah al-Hujurat. Jadi itu penting dalam soal untuk memahami kemerdekaan maknanya biar kita hidup secara harmoni, saling tolong-menolong, bekerjasama antara satu sama lain dan dapat membangunkan negara,” ulasnya. K Online

Malaysia #QuranHour cetus budaya al-Quran dalam kehidupan – Mohd Sukki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker