Jangan percaya dong – Anwar
Jangan percaya dong – Anwar
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa kerajaan pimpinan beliau akan melakukan rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Beliau sebaliknya berkata tidak pernah mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.
“Saya baharu diberitahu, tidak dengar lagi siapa yang hendak tolong reshuffle (rombak)…saya tidak dengar. Dari mana dengar..jangan percaya dong,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
FMT hari ini melaporkan, satu lagi rombakan Kabinet dikatakan bakal berlaku, menurut dua sumber yang mengetahui mengenai perkembangan tersebut, kurang setahun sejak rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.
Baca artikel lain: Mayat tanpa kepala dan tangan sah milik Istiqomah, polis tahan pasangan suami isteri
Satu sumber berpengaruh PKR berkata bahawa seorang menteri dari parti itu mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri.
“Prestasi individu ini dipersoalkan, dan dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke kementerian lain,” katanya.
Seorang menteri besar dipercayai akan mengambil jawatan menteri, langkah yang dibincangkan sebelum rombakan Jemaah Menteri pada Disember lalu.
Satu lagi sumber dari DAP mengesahkan terdapat perbincangan tentang rombakan Jemaah Menteri yang mungkin berlaku menjelang akhir Ogos, dengan beberapa timbalan menteri dijangka dinaikkan pangkat ke jawatan menteri. Utv
Jangan percaya dong – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.