Honda Civic gaduh dengan lori, Supra jadi mangsa

Honda Civic gaduh dengan lori, Supra jadi mangsa

Sejak semalam tular rakaman dashcam menunjukkan sebuah lori hilang kawalan lalu merempuh sebuah Toyota Supra yang diletakkan di bahu jalan.

Pelbagai sangkaan yang dibuat oleh netizen. Ada mendakwa lori tersebut hilang kawalan, bagaimanapun ramai berasa ada ‘isu’ di antara pemandu lori dengan kereta dashcam yang merakam insiden tersebut.



Memetik Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian itu berlaku pada pukul 4.57 petang, semalam membabitkan tiga buah kenderaan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Supra diparkir di bahu jalan.

“Lori itu kemudian mengundur lalu melanggar kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang berada di belakang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, kemalangan terjadi selepas pemandu lori cuba mengejar pemandu kereta Honda Civic yang keluar simpang secara mengejut dan membuat provokasi terhadapnya.



“Tindakan pemandu kereta Honda Civic itu menyebabkan pemandu lori berkenaan marah dan cuba mengejar kenderaan terbabit sebelum melanggar kereta Toyota Supra yang diparkir di bahu jalan.

“Kedua-dua pemandu terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Memetik laporan itu lagi, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara kertas siasatan berhubung kejadian itu yang sudah lengkap berhubung akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.



Honda Civic gaduh dengan lori, Supra jadi mangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker