Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih

Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih

Pemain bola sepak amatur yang dipercayai mengacukan objek tajam dalam insiden perselisihan semasa perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, Isnin lalu, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun.



Beliau berkata, penahanan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang, Selangor, pada jam 6.30 petang.

“Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini, manakala teman wanitanya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.



Terdahulu, media melaporkan kes tular seorang pemain sebuah pasukan amatur kelihatan menggunakan objek tajam menyerupai kerambit dalam pergaduhan dipercayai semasa satu perlawanan liga sosial.

Dalam hantaran tular berkenaan, kejadian itu berlaku kira-kira 12.30 tengah malam membabitkan seorang pemain yang memakai jersi bernombor 7 dari sebuah pasukan amatur.

Susulan kejadian itu, polis mengesan pemain terbabit bagi membantu siasatan. BH

Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker