MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri

MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri

Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud menepis soalan mengenai gajinya, yang menurut laporan Malaysiakini tidak sepadan dengan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri itu.

“Tengok biar betul mana lebih tinggi, betul ke paling tinggi, tak perlu tanya (soal gaji).

“RM30,000 dengan RM20,000 mana lebih tinggi, jadi tak perlu saya ulas,” katanya mengulas soalan wartawan, ketika menyertai kempen PRK Neggiri di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Nassuruddin membandingkan gaji yang diterimanya dengan gaji beberapa menteri besar di negeri lain.

Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM

Berdasarkan analisis Kini News Lab, gaji eksekutif di Sarawak, Sabah, Terengganu dan Pahang adalah sekurang-kurangnya RM30,000 – iaitu lebih tinggi berbanging gaji perdana menteri RM22,826.

Perbandingan gaji menteri besar atau ketua menteri yang dibuat Kini News Lab adalah berdasarkan KDNK per kapita dicapai sesebuah negeri.

Misalnya, pendapatan KDNK per kapita Pulau Pinang paling tinggi (RM72, 586) di Malaysia, namun jika dibandingkan pendapatan ketua menterinya paling rendah dibayar berbanding yang lain, iaitu RM14,175.

KDNK per kapita untuk Kelantan pada 2023 adalah yang paling rendah di Malaysia iaitu RM16,836, manakala gaji menteri besar di negeri itu ialah sebanyak RM20,000. Mk

MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker