Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan

Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucut

REMBAU: Gelaran pesaka adat Abdul Razak Mohd Yassin sebagai Dato’ Perba Lembaga Biduanda Waris Nan Dua Carak Rembau dilucutkan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai salah laku aturan adat dilakukan Dato’ Perba berikutan kemelut dalam pencarian bakal Undang Rembau ke-22 yang mana pelucutan itu diperkukuhkan dengan sokongan Dato’-Dato’ Buapak Delapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak.

Ibu Soko Waris Biduanda Delapan Kampung Nan Dua Carak berkata, susulan perkembangan itu, tindakan dan keputusan Dato’ Perba yang bertentangan adat Rembau dan tatacara pemilihan Undang Rembau ke-22 adalah terbatal dan tidak sah

Ibu Soko selaku penjaga adat dan tradisi dalam masyarakat adat turut memaklumkan bahawa pesaka disandang Dato’ Perba turut terbatal dengan keputusan pelucutan itu.

Sebelum ini, timbul pertikaian apabila pengisytiharan Kampung Pulau sebagai lubuk benih pesaka Undang Luak Rembau Ke-22 pada 4 Julai lalu didakwa tidak dilaksanakan berlandaskan aturan adat Rembau.

Buapak Kampung Tanjung, Datuk Kaya Maharaja Hassan Ab Hamid berkata, Kampung Tanjung sepatutnya diisytiharkan sebagai lubuk benih pesaka Undang Luak Rembau Ke-22 kerana mendapat majoriti undi dalam dua istiadat pemilihan.

Mengulas keputusan pemecatan Dato’ Perba itu, Ibu Soko Waris Biduanda Delapan Kampung Nan Dua Carak berkata ia seperti dinyatakan dalam surat teguran bertarikh 31 Julai lalu yang mana tidak mendapat sebarang jawapan balas daripada Abdul Razak berkaitan kesalahan dilakukan.

Ia termasuk melakukan pelanggaran aturan adat yang serius dengan memasyhurkan Kampung Pulau sebagai kampung benih pesaka Dato’ Undang Luak Rembau ke-22 secara unilateral, bertentangan dengan keputusan-keputusan Istiadat Kerapatan Buapak Delapan Kampung Biduanda Waris Nan Dua Carak yang telah memilih Kampung Tanjung sebagai kampung benih.

“Tindakan ini jelas menunjukkan ketidakpatuhan terhadap proses dan keputusan kolektif yang ditetapkan komuniti. Selain itu, Dato’ Perba juga menangguhkan pengumuman keputusan-keputusan Istiadat Kerapatan Buapak Delapan Kampung Biduanda Waris Nan Dua Carak tanpa alasan sah, mengabaikan tanggungjawabnya untuk mematuhi dan menghormati keputusan dicapai.

“Dato’ Perba gagal memaklumkan keputusan-keputusan Kerapatan kepada majlis dan Pegawai Daerah seperti sepatutnya dilakukan, menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan pengabaian terhadap prosedur yang ditetapkan dalam aturan adat.

“Tindakan-tindakan ini bukan sahaja mencerminkan ketidakpatuhan kepada aturan adat tetapi juga merosakkan kepercayaan dan keharmonian dalam kalangan komuniti yang bergantung kepada integriti dan ketelusan dalam proses pemilihan,” katanya.

Ibu Soko Waris Biduanda Delapan Kampung Nan Dua Carak turut menyenaraikan tiga lagi kesalahan dilakukan Dato’ Perba termasuk menyebabkan perpecahan dan mengabaikan pandangan komuniti, yang mana tindakan itu sangat merugikan keharmonian Kampung Biduanda.

Dua lagi kesalahan membabitkan pelanggaran struktur dan proses adat serta mengkhianati amanah dan tanggungjawab.

Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker