Gagal bersaing dengan EV China, Tesla batal pelan kembang operasi di Asia Tenggara – Anwar

Gagal bersaing dengan EV China, Tesla batal pelan kembang operasi di Asia Tenggara – Anwar

Kegagalan Tesla bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) keluaran China menyebabkan syarikat itu membatalkan rancangan mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini, menurut perdana Menteri.

Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Tengku Zafrul mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla) … mereka mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China.

Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula … itu penerangan langsung dari Tesla, katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini, lapor Berita Harian.

Tengku Zafrul semalam dilaporkan berkata, kementeriannya tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilangnya di Malaysia.

Katanya, berlaku perbincangan dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan tetapi syarikat itu tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang.

Terdahulu, portal dalam talian Thailand, The Nation memetik sumber melaporkan Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

Diminta mengulas tentang dakwaan itu, Tengku Zafrul berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Tesla sendiri. FMT

Gagal bersaing dengan EV China, Tesla batal pelan kembang operasi di Asia Tenggara – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker