Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT

‘Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT’

“Saya bersyukur doa saya semasa solat tahajud supaya anak berubah termakbul,” kata Noor Saleza Abdullah, 57.

Noor Saleza yang juga ibu kepada Mohd Radzi Md Salleh, 38, berkata, dia menyedari perubahan anak sulungnya apabila mereka tinggal serumah pada 2020.

“Ketika remaja, Mohd Radzi tinggal berasingan kerana bekerja. Apabila dia pulang ke rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya nampak dia berubah dan hanya berada di dalam bilik.

“Sebelum ini, saya ada dengar dia ambil dadah, tetapi saya tidak sangka ketagihannya begitu teruk sehingga kerap kali minta duit untuk beli dadah,” katanya.

Noor Saleza yang juga tukang urut berkata, dia pernah melaporkan Mohd Radzi kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebanyak dua kali.

“Kami pernah gaduh semasa dia minta duit untuk beli dadah. Saya tahu salah, tetapi saya beri kerana tak sanggup lihat keadaannya yang jadi panas baran.

“Saya pernah pujuk dia masuk ke pusat pemulihan, tetapi dia anggap itu macam buang dia daripada keluarga.

“Sebab itu, saya ambil pendekatan faham isi hati dia meskipun adik-beradiknya yang lain sudah memandang serong terhadapnya,” katanya.

Menurutnya, dia berniaga secara sambilan untuk mencari duit yang separuh daripada hasil itu diberikan kepada Mohd Radzi untuk membeli dadah.

“Saya lihat dia dah macam kurang siuman dan selalu ketakutan seperti ada orang kejar. Saya tak sampai hati tengok dia begitu sehingga saya solat tahajud selama setahun dan minta pada Allah SWT untuk lembutkan hatinya.

“Apabila dia beritahu nak masuk pusat pemulihan, saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan Allah SWT untuk melihat anak berubah,” katanya.

Menurutnya, setiap bulan dia pergi melawat anaknya di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi untuk melihat sendiri perkembangan dan perubahan anaknya.

“Saya mahu dia rasa disayangi dan diberi sokongan untuk berubah. Saya selalu harap supaya dia akan terus kekal bebas daripada dadah.

“Bila usia semakin tua ini, saya meletakkan harapan kepada dia supaya jaga keluarga memandangkan Mohd Radzi anak sulung daripada 10 beradik.

“Apa yang berlaku terhadap dia, saya anggap ia ujian hidup untuk saya kerana saya anggap seburuk mana pun perangai anak, mereka darah daging saya,” katanya. BH

‘Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker