Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram (Video)
Rasuah musuh nombor satu negara, kata Ayob Khan
Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram (Video)
“Kalau mahu banteras (rasuah) serta impak besar, ambil tindakan daripada atas (pemimpin atasan).”
Demikian kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam perkongsian video di laman sosialnya.
Jelas beliau, tindakan tegas perlu diambil bermula daripada pemimpin supaya anggota serta pekerja bawahan mereka takut untuk membolot rasuah.
“Yang bawah kita ambil tindakan tetapi jika yang atas diambil tindakan, yang bawah akan takut. Kalau atas dibiarkan, maka yang bawah akan bermaharajalela.
“Dalam aspek agama, kita akan rasa takut untuk ambil rasuah dan amat mendukacitakan orang Islam anggap rasuah seperti budaya, tidak salah.
“Inilah salah satu sebab sampai sekarang, rasuah adalah isu besar dan saya kategorikan sebagai musuh nombor satu negara. Jika dahulu dadah musuh nombor satu negara, sekarang rasuah,” katanya.
Menurut Ayob, rasuah dalam sektor awam juga semakin menjalar ekoran pemimpin baharu yang dipilih juga ‘sealiran’ dengan pemimpin sebelumnya bagi memastikan kepentingan diri terjaga walaupun sudah pencen.
“Kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah kalau boleh sebelum matilah.
“Itu kita perlu pastikan rasuah ini dibanteras. Pastikan pemimpin mahupun mereka yang dilantik, betul (tidak makan rasuah),”jelasnya.
Ujarnya, budaya menerima rasuah perlu dihentikan segera kerana ia merosakkan negara dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.
“Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram,” katanya. K Online
Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]