Gaji permulaan Ahli Nujum RM2,205 sebulan – Rafizi

Gaji permulaan Ahli Nujum RM2,205 sebulan’ – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mendakwa ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi sektor swasta di bawah Dasar Gaji Progresif.

Beliau berkata, majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji di bawah dasar terbabit, layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja, supaya kenaikan itu ditanggung kerajaan.



“Kita ni selalu bising pasal gaji, tapi bila ada peluang naik gaji, kita tak gunakan. Ramai yang tidak tahu kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif.

“Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji ini layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja, supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan,” katanya menerusi ciapan di akaun X semalam.

Menerusi perkongsian itu, Rafizi turut mendedahkan kadar gaji permulaan mengikut kelayakkan di bawah Dasar Gaji Progresif iaitu Jurutera Mekanikal (RM3,380 sebulan); Jurutera Awam (RM3,115); Akauntan dan Juru Audit (RM3,280); Ahli Nujum (RM2,205) dan Juruteknik Kejuruteraan Awam (RM2,470).

Beliau berkata, untuk senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan boleh dimuat turun daripada pautan https://gajiprogresif.gov.my.



Menjawab pertanyaan seorang pengikutnya berhubung kedudukan gaji Ahli Nujum yang turut dikongsi itu, Rafizi membalas, “Yeap ada dalam kod pekerjaan rasmi negara” sambil meletakkan emoji ketawa bersama jawapan itu.

Semakan mendapati, tangga gaji ahli nujum itu tersenarai bersama tukang tilik di bawah kod MASCO4D 5161. BH

Gaji permulaan Ahli Nujum RM2,205 sebulan’ – Rafizi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker