Tok Mat ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC

Tok Mat ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC

Menteri Luar, Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif di peringkat menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi, hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan semalam berkata, mesyuarat itu yang diusulkan Palestin dan Iran akan membincangkan jenayah kependudukan Israel berterusan terhadap rakyat Palestin, pencerobohan serta ancaman Israel terhadap kedaulatan Iran.



Mesyuarat itu akan dipengerusikan menteri luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

Menurutnya, penyertaan Mohamad dalam mesyuarat itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan besar-besaran di Semenanjung Gaza oleh rejim Zionis, termasuk pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Ia juga menandakan komitmen Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Malaysia menyokong penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Selain itu, Malaysia menyokong kemasukan Negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai anggota penuh, menurut kenyataan itu. FMT



Tok Mat ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker