Tesla batal bina kilang di Thailand, Indonesia, Malaysia – Sumber
Tesla batal bina kilang di Thailand, Indonesia, Malaysia – Sumber
Tesla dilaporkan tidak akan membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, berdasarkan sumber kerajaan Thailand, pengeluar EV itu sebaliknya hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.
Tesla sebelum ini bersedia untuk melabur AS$5 bilion untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.
Pada masa sama Malaysia dan Indonesia juga menawarkan peluang untuk Tesla membuka kemudahan pengeluaran mereka.
“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.
“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada November tahun lalu mengumumkan bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.
Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan kepimpinan eksekutif Tesla, di AS dan Thailand.
Tesla kini telah memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburannya di Thailand selepas membubarkan pasukan eksekutifnya.
Keputusan itu adalah sebahagian daripada pembatalan pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.
Sebelum ini, Tesla telah mengumumkan ia telah menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico sehingga selepas pilihan raya Presiden AS pada November, berikutan janji calon, Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.
Kilangnya di Monterrey, Nuevo León diumumkan pada Mac tahun lalu dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.
Walau bagaimanapun, projek itu telah menghadapi beberapa kelewatan dan ketidakpastian.
Menjelang September 2023, beberapa pembekal Tesla telah memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan baharu di Mexico, bimbang ia tidak akan disiapkan tepat pada masanya.
Pada Oktober, Tesla mengesahkan ia telah menangguhkan projek itu kerana kebimbangan ekonomi. BH
Tesla batal bina kilang di Thailand, Indonesia, Malaysia – Sumber
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]