Serang bekas teman wanita guna pisau, lelaki ditahan polis

Serang bekas teman wanita guna pisau, lelaki ditahan polis

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam Ahad lalu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata dalam kejadian 8.45 malam, mangsa mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut dengan suspek.



Suspek berjaya ditangkap orang ramai yang berada di lokasi sebelum anggota polis menahan lelaki berusia lingkungan 30-an itu, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 14 saat memaparkan seorang lelaki bersenjatakan pisau mengacukannya ke arah seorang wanita.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dilihat cuba menenangkan suspek sebelum berjaya menahannya.



Suspek akan didakwa di mahkamah selepas mendapat arahan pendakwa raya. FMT

Serang bekas teman wanita guna pisau, lelaki ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker