Saya tetap Umno walaupun masuk Muafakat Nasional – Nazri

Saya tetap Umno walaupun masuk Muafakat Nasional – Nazri

Bekas pemimpin pusat Umno Nazri Aziz menjarakkan dirinya daripada pendirian pengerusi Muafakat Nasional (MN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Malaysiakini, Nazri berkata dia tetap anggota Umno walaupun sudah lama menyokong MN–NGO yang dipimpin Annuar selepas dipecat daripada parti itu pada 2022.

“Muafakat Nasional adalah NGO. Saya faham apa yang Annuar Musa buat.

“Annuar Musa anggota PAS. Dia boleh buat hal dia, saya buat hal saya. Muafakat Nasional tidak terlibat dalam politik,” kata NAzri yang juga duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Annuar, bekas pemimpin kanan Umno dan anggota parlimen Ketereh lebih tiga dekad, kini dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat PAS, juga memimpin jentera parti dalam kempen pilihan raya kecil Nenggiri, Kelantan.

Kerjasama PAS dan Umno pada 2019 turut mengguna pakai nama sama Muafakat Nasional.

“Muafakat Nasional sudah diterima oleh kedua-dua pihak, anggota Umno dan PAS.

“ Orang kata Muafakat Nasional hanya fokus pada perpaduan Melayu, tetapi ia tidak menekan orang bukan Melayu,” kata Nazri.

Status Nazri itu kembali menjadi perbincangan selepas Annuar malam tadi memuat naik gambar mereka di Facebook yang menyatakan terima kasih kepada sokongan Nazri. Mk

Saya tetap Umno walaupun masuk Muafakat Nasional – Nazri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker