Rexy tak mahu balik Indonesia
Rexy tak mahu balik Indonesia
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyifatkan dia masih mempunyai tanggungjawab bersama kem badminton negara meskipun terdapat gesaan peminat dari negara kelahirannya untuk kembali ke Indonesia.
Rexy berkata, dia menghormati pandangan peminat yang ingin dirinya kembali ke Indonesia namun buat masa ini, tugas dan hatinya adalah bersama Malaysia.
“Saya tak terfikir begitu,” kata Rexy ketika ditemui media setibanya dari Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
“Saya tak fikir di masa hadapan mahu ke mana atau ke mana. Saya hanya fikir bagaimana nak jalankan tanggungjawab. Saya fikir netizen, mereka boleh cakap apa sahaja.
“Tapi saya mempunyai tanggungjawab… kalau memang begitu, (contohnya) kontrak tamat dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) mahu melanjutkannya, saya akan (terima) kerana rumah saya di sini juga.”
Kem badminton negara menamatkan kempen Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa iaitu menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.
Pearly Tan-M Thinaah pula mencipta kejutan sebagai beregu wanita pertama Malaysia mara ke separuh akhir sebelum menamatkan saingan di kedudukan keempat selepas tewas di tangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada penentuan gangsa.
Pemain perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei pula menamatkan saingan di peringkat kumpulan manakala beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir di suku akhir selepas mempamerkan aksi mantap di peringkat kumpulan.
Secara keseluruhan Malaysia menamatkan kempen badminton kali ini di kedudukan ketujuh daripada lapan negara manakala Indonesia hanya meraih satu gangsa untuk berada di kedudukan tercorot.
Sementara itu, Rexy berkata, dia dan pihak pengurusan ABM akan bermesyuarat pada 13 Ogos ini untuk merancang perancangan menuju edisi seterusnya di Los Angeles 2028.
“Pada 13 Ogos ini, kita akan duduk bersama pengurusan dan membina perancangan untuk LA28. Apa yang sudah baik di sini (Paris 2024), kita lanjutkan dan jadi lebih baik lagi… yang kurang kita tingkatkan lagi.
“Kita ada bercakap dengan pasukan China, Jepun dan Korea, jadi kita akan tambah baik nanti,” kata Rexy. BH
Rexy tak mahu balik Indonesia
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jep tak puas hati, ini respons Mamat
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]