Putus kepala terkena kabel elektrik ketika berlatih menari

Putus kepala terkena kabel elektrik ketika berlatih menari

GUATEMALA: Seorang gadis berusia 15 tahun terjatuh dari bangunan dua tingkat selepas kepalanya terputus akibat terkena kabel elektrik ketika sedang menari dan berswafoto dengan rakan di La Tinta.

Video kejadian ngeri pada Khamis lalu itu turut dirakam penduduk yang berada di situ, lapor New York Post.

Débora Rebeca Xi Artola dilihat berada di atas bumbung bersama tiga rakan, dengan seorang merakam gambar, kata El Heraldo mengenai video yang diambil penduduk tempatan.

Mereka dilihat sedang berlatih gerakan tarian di atas bangunan dua tingkat itu apabila Debora terkena kabel elektrik bervoltan tinggi, yang mungkin membunuhnya serta merta.

Satu lagi video lain yang dirakam dari bawah menunjukkan orang ramai bergegas mendapatkan gadis itu yang dipenuhi asap.

Keadaan remaja berkenaan amat menyedihkan dengan kepalanya terputus, menyebabkan dia terjatuh kira-kira enam meter dari bangunan.

Ibu mangsa, Andrea Xi, berkongsi penghormatan terhadap anak perempuannya di Facebook dengan memuat naik gambar Débora tersenyum ketika majlis quinceañera atau sambutan hari lahir ke-15 pada Mac lalu.

“Saya menyayangimu selamanya. Puteriku,” antara satu hantaran yang dimuat naik.

Insiden itu kini sedang disiasat sementara pihak berkuasa berusaha untuk mengesahkan tragedi ngeri itu adalah kemalangan. BH

Putus kepala terkena kabel elektrik ketika berlatih menari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker