Perogol dan pembunuh jururawat anak 3 terlepas hukuman mati
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Harmindar Singh Dhaliwal membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mohammad Awari Ahmad di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Mahkamah Persekutuan itu turut mengarahkan Mohammad Awari, 31, dikenakan sebatan 12 kali dan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 1 Mac 2015.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Harmindar berkata meskipun keadaan jenayah yang dilakukan oleh Awari agak luar biasa namun terdapat satu faktor pengurangan yang melepaskan dia daripada tali gantung iaitu umurnya yang masih muda ketika kejadian.
Beliau juga memerintahkan Awari menjalani hukuman penjara bagi sabitan membunuh serentak dengan hukuman bagi kesalahan merogol.
Turut bersidang Abu Bakar Jais dan Hanipah Farikullah.
Terdahulu, peguam Gurbachan Singh berkata beliau mengakui keseriusan jenayah itu sehingga menyebabkan kehilangan satu nyawa namun meminta agar hukuman mati diganti dengan pemenjaraan kerana anak guamnya hanya berumur 22 tahun ketika kejadian.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim @ Husaini pula membantah permohonan itu dan berkata ini adalah kes pembunuhan kejam membabitkan seorang ibu muda beranak tiga yang turut dirogol.
Beliau berkata Awari memasuki rumah mangsa pada tengah malam ketika wanita itu sedang tidur bersama tiga anaknya manakala suami arwah tiada di rumah.
Atiqah berkata Awari telah mengelar leher mangsa yang disaksikan oleh anak lelakinya yang berusia lima tahun.
Beliau berkata mangsa turut dirogol dengan kejam serta dirompak.
Awari didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Jan 2018 kerana membunuh isteri seorang anggota polis bantuan itu yang berusia 25 tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 12.20 malam dan 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan pada 1 Mac 2015.
Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 11 April 2019 dan Mahkamah Persekutuan pada 7 Okt 2020.
Awari, yang juga disabitkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan merogol mangsa, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]