Olimpik Paris: Azizulhasni pecah rekod kebangsaan

Olimpik Paris: Azizulhasni pecah rekod kebangsaan

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan dalam kelas tersendiri apabila Berjaya pecah rekod kebangsaan pada pusingan kelayakan acara pecut temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris sebentar tadi.

Azizulhasni berada di kedudukan ke-10 keseluruhan selepas mencatatkan masa 9.402 saat (s) sekali gus berjaya mara ke pusingan 1/32 yang bakal berlangsung pada 8.30 malam ini.



Azizul yang digelar The Pocket Rocketman berjaya memadamkan rekod kebangsaan yang dilakukan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan catatan masa 9.523s.

Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut mara ke pusingan seterusnya selepas berada di tangga ke-22 keseluruhan ngan catatan 9.635s.

Pada sesi kelayakan yang sama, pelumba Belanda, Harrie Lavreysen memecahkan rekod dunia apabila mencatat masa terpantas kelayakan dengan catatan 9.088s. K Online

Olimpik Paris: Azizulhasni pecah rekod kebangsaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker