Hukuman penjara menanti perusuh – Keir Starmer

Puak pelampau kanan diberi amaran.

Hukuman penjara menanti perusuh – PM Britain

LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer memberi amaran kepada perusuh bahawa mereka akan dikenakan hukuman penjara sebelum akhir minggu ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tindak balas kecemasan atau Cobra, Starmer berkata, kumpulan perusuh akan dikenakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas ke atas mereka.



Setakat ini, lebih 400 orang telah ditangkap dan 100 daripada mereka didakwa.

Tangkapan itu dibuat selepas beberapa hari kekacauan berlaku di sekitar England berikutan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di Southport.

Ia dicetuskan oleh maklumat palsu yang tersebar di internet bahawa suspek ialah seorang pencari suaka dan beragama Islam.

“Tiada sesiapa harus terlibat dalam kekacauan ini,” kata Starmer.



Kenyataan itu dibuat ketika 28 perusuh hadir di mahkamah semalam atas dakwaan melakukan gangguan ganas selepas rusuhan di Middlesbrough.

Mereka di samping 20 yang lain, dibawa ke kandang tertuduh Mahkamah Majistret Teesside.

Awal semalam, seorang remaja berusia 18 tahun dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama dua bulan kerana terlibat dalam gangguan ketenteraman awam di Bolton pada Ahad lalu. K Online

Hukuman penjara menanti perusuh – PM Britain



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker