Cabaran keirin Nurul Izzah di Olimpik Paris berakhir

Cabaran pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara keirin individu di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.

Ia selepas Nurul Izzah yang kali pertama tampil di pentas Olimpik menamatkan perlumbaan saringan pertama dalam pusingan repechage di kedudukan ketiga daripada lima pelumba.

Dua tiket ke suku akhir bagi saringan itu menjadi milik pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Kelsey Mitchell dan wakil Great Britain, Katy Marchant yang mengungguli kedudukan pertama dan kedua.



Terdahulu, Nurul Izzah terpaksa bersaing dalam repechage apabila menamatkan perlumbaan pusingan pertama dikedudukan keempat.

Dia seterusnya akan bersaing dalam acara pecut wanita dengan sesi kelayakan akan berlangsung, Jumaat ini.

Sementara itu Shah Firdaus Sahrom gagal mengikut jejak Datuk Azizulhasni Awang ke pusingan 1/16 acara pecut apabila menduduki tempat kedua pusingan repechage.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker