Sebar ajaran Millah Abraham, pemuzik jalanan dipenjara

Sebar ajaran Millah Abraham, pemuzik jalanan dipenjara

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang pemuzik jalanan atas pertuduhan mengajar ajaran sesat Millah Abraham kepada anaknya tahun lalu.

Norasid Md Said, 50, mengaku bersalah di depan Hakim Zulfikri Yasoa selepas pertuduhan dibacakan.



Dia didakwa mengajar ajaran Millah Abraham kepada anak lelakinya berusia 16 tahun antara 8 malam hingga 11.59 malam dari 1 hingga 30 Jun 2023 di sebuah rumah Felda Palong 3, Gemas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh merayu hukuman penjara bermula tarikh tangkapan 10 Julai lalu dan denda paling minimum kerana masih menyara keluarga, lapor Harian Metro.

Pendakwa Syarie, Abdul Wafi Ramli meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira tindakan tertuduh tidak menjaga kesucian agama Islam, selain memberi pengajaran kepada pengikut ajaran itu supaya tidak terus menyebarkannya.



Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tertuduh itu berturutan dari tarikh hukuman penjara lepas.

Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 terhadap Norasid atas pertuduhan mengajar ajaran sesat Millah Abraham kepada isterinya tahun lalu.

Sementara itu, dalam prosiding sama hari ini, Norasid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar ajaran sama kepada seorang ahli keluarga wanita berusia 42 tahun pada April 2023.

Dia didakwa mengajar ajaran salah kepada wanita itu berkaitan ayat al-Quran berlawanan hukum syarak di sebuah rumah di Taman PGBF Harmoni, Gemas kira-kira 5 petang 24 April 2023.



Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 Okt ini. FMT

Sebar ajaran Millah Abraham, pemuzik jalanan dipenjara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker