Dhabitah perlu lakukan ini jika mahu pingat

Olimpik Paris 2024

Dhabitah perlu lakukan ini jika mahu pingat

Sukar tetapi tiada yang mustahil!

Itu pandangan disuarakan pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas mengenai peluang penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menaiki podium dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.



Atlet berusia 25 tahun itu akan memulakan aksinya dalam saingan pusingan kelayakan, esok di Pusat Akuatik Paris.

“Sukar untuk kita meramalkan tetapi untuk selamat anda perlu mengutip 330 mata dan ke atas untuk menaiki podium.

“Namun, ia juga bergantung kepada prestasi penerjun lain dalam aksi final nanti.

“Sebagai contoh dalam acara 10m platform seirama pada kali ini, 420 mata hanya mampu untuk memenangi gangsa.



“Jadi, jika Dhabitah boleh kutip 320 mata dan ke atas, dia ada peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik,” kata Bryan.

Pada penampilannya di Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu, Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat pada aksi final selepas mengutip 326.15 mata.

Bagaimanapun, dia dibelenggu masalah kecederaan sejak beberapa musim lalu.

Dhabitah mengalami kecederaan pergelangan tangan yang memaksanya menarik diri dalam acara 10m platform seirama di Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.



Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu kemudian mengalami kecederaan lengan (tricep) yang menjejaskan prestasinya di Kejohanan Dunia di Doha, Qatar tahun ini manakala dia mengalami demam ketika beraksi di Terbuka Australia, bulan lalu.

Dhabitah masih belum mencatat 300 mata dalam pertandingan disertai tahun ini tetapi Bryan memberitahu dia menunjukkan peningkatan positif dalam latihan dalam persiapan menuju ke Paris.

Bryan meramalkan Chang Yani dan Chen Yiwen, yang meraih tempat pertama dan kedua untuk China di Kejohanan Dunia Doha pada Februari, lalu akan menjadi pilihan utama.

“China menghantar penerjun yang berbeza dari yang mewakili mereka di Tokyo 2020 tetapi mereka tetap kuat.



“Kim Su-ji juga berjaya memenangi gangsa untuk Korea Selatan di Doha sementara Maddison Keeney (Australia) dan Sarah Bacon (Amerika Syarikat) juga akan menjadi pesaing untuk pingat,” kata Bryan. BH

Dhabitah perlu lakukan ini jika mahu pingat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker