Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?

Razlan sindir Takiyuddin

Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?

Pemimpin Umno membalas kiasan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mengumpamakan Bersatu kurang “anak lelaki” sehingga memaksa Mohd Rizwadi Ismail keluar parti dengan menyertai Bersatu untuk menjadi calon.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata jika Bersatu kurang anak lelaki bagaimana pula dengan 480 ahli Bersatu yang bertindak keluar parti semalam.



“Jika dikatakan si adik kekurangan anak lelaki untuk bantu kerja di ladang kebun getah. Mengapa pula muncul 480 ahli Bersatu di dalam Gua Musang mengisytihar diri keluar parti dan masuk Umno?

“Takkan tiada ahli akar umbi Bersatu di sini yang berkebolehan atau berkelayakan menjadi calon selain orang PAS?,” kata Razlan dalam satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan pencalonan bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang itu sebagai calon mewakili Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri umpama “kakak menolong adik”.

Takiyuddin Hassan berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tindakan Rizwadi keluar PAS direstui pucuk pimpinan.



Dengan memberi gambaran seorang adik memiliki ladang getah dan kurang anak lelaki untuk membantu maka PAS sebagai “kakak” menghulurkan pertolongan.

“PAS adalah kakak, manakala Bersatu adalah adik. Situasi yang berlaku apabila si adik mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta anak daripada kakaknya untuk membantu.

“Manakala bagi pihak kakak (PAS), sudah tentu dia akan membantu apabila adiknya meminta pertolongan. Situasi inilah yang berlaku di PRK Nenggiri,” katanya ketika berceramah di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, malam tadi.

Sementara itu secara sinis Razlan berkata mengapa seorang kakak sanggup menukar “bin” anaknya kepada adik.



Ia merujuk kepada tindakan PAS membenarkan Rizwadi keluar parti Islam itu dengan menyertai Bersatu.

“Mengapa si kakak sanggup menukarkan ‘bin’ anak tu tadi kepada bin adiknya meskipun niat hanya nak bantu.

“Kalau nak bagi mudah faham lagi ialah jika niat PAS nak bantu Bersatu, tak perlulah si calon tersebut letak jawatan sebagai ahli PAS dan menyertai Bersatu?,” katanya lagi. Mk

Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker