Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada

Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada

Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke UK supaya menjauhi kawasan protes serta berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, bagi memudahkan urusan berkaitan keselamatan.



“Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berada di tempat yang dijangka menjadi kawasan sasaran, sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita dapat tahu mereka berada dalam keadaan baik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, protes di negara Eropah ketika ini dilihat sebagai pola baharu kebangkitan puak kanan yang menunjukkan sikap toleransi amat rendah dan beliau berharap insiden itu tidak merebak.

Mohamad berkata, penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial juga berbahaya dan memberikan masalah kepada sesebuah negara.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di [email protected].



Media melaporkan pihak berkuasa UK berhadapan tekanan untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun berikutan kejadian tikam di Southport pada 29 Julai lalu. BH

Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker