Amanah sedia berdepan BN di DUN Mahkota

Amanah sedia berdepan BN di DUN Mahkota

Anak muda Amanah sedia berdepan pertandingan tiga penjuru pada PRK DUN Mahkota kerana kerajaan Johor bukan kerajaan perpaduan, menurut seorang pemimpinnya.

Terdahulu, Pemuda Umno Johor menyeru tuntutan kerusi dibincangkan bagi mengukuhkan hubungan semua parti kerajaan perpaduan, apabila Amanah Kluang tuntut partinya diberi laluan bertanding PRK DUN Mahkota.



Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda menyanggah Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros, mengingatkan bahawa kerajaan negeri ketika ini tidak dibina sebagai kerajaan perpaduan.

Pakatan Harapan termasuk Amanah dinafikan peranan dalam pembentukan ahli majlis dan ketua-ketua kampung, katanya dalam kenyataan.

Fadhli sebaliknya menggesa Umno Johor ‘cermin diri’ dahulu dan dengan ikhlas membina kerajaan Johor sebagai kerajaan perpaduan.

Jika tidak, anak muda Amanah tidak teragak-agak untuk terus mendesak DUN Mahkota ditandingi Amanah walau terpaksa berhadapan tiga penjuru sekalipun, tegasnya.



Mesej bentuk kerajaan perpaduan di Johor ini pernah disuarakan pada Disember tahun lalu, apabila Amanah Johor menyeru wakil PH dijadikan sebahagian kepimpinan kerajaan negeri, pada Konvensyen Nasional Amanah 2023.

Ketika seruan itu dibuat, Barisan Nasional memegang semua jawatan utama kerajaan negeri selaras keputusan PRN pada 2022, walaupun pasca PRU15 menyaksikan pembentukan kerajaan perpaduan di beberapa negeri.

Mungkin ketika mengeluarkan kenyataan media, Azleen lupa bahawa tiada maknanya Perpaduan (kerajaan perpaduan) di Johor ini, katanya.

Amanah Kluang menuntut kerusi DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, pada Jumaat lepas. Ia juga mendakwa PH dipinggirkan dalam pentadbiran kerajaan Johor.



Pemuda Umno Johor menyifatkan tindakan Amanah Kluang itu gelojoh dan tamak, dan menyeru kesepakatan semua pimpinan ‘di setiap peringkat kerajaan perpaduan’.

BN memegang 40 kerusi di DUN Johor, manakala PH memegang 12 dengan Amanah menduduki satu kerusi. FMT

Amanah sedia berdepan BN di DUN Mahkota

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker