Amanah Kluang tuntut tanding PRK DUN Mahkota

Amanah Kluang tuntut tanding PRK DUN Mahkota

Amanah Kluang menuntut untuk diberi laluan bertanding pada PRK DUN Mahkota yang akan diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Ketuanya Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, tuntutan itu dibuat kerana kerusi itu pernah dimenangi Amanah pada PRU14 serta mendakwa Pakatan Harapan (PH) dipinggirkan dalam kerajaan negeri.

“Kita (Amanah) anggap Umno tidak serius berikutan PH tidak diberi peranan dalam kerajaan negeri dan hanya dianggap rakan.

Jika Amanah diberi laluan kami akan menang dengan selesa, katanya dalam satu sidang media.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan mesyuarat khas untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN Mahkota akan diadakan pada 13 Ogos ini.

Zuhan juga mendakwa kerajaan Johor bukan kerajaan perpaduan seperti diamalkan Persekutuan dan beberapa negeri lain kerana tidak melibatkan mana-mana parti komponen PH.

Amanah Kluang mendesak supaya calon parti ini diletakkan mewakili PH dan kerajaan perpaduan di kerusi DUN Mahkota dan pucuk pimpinan kerajaan perpaduan haruslah segera mencari titik penyelesaian terhadap isu ini, katanya.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) dilaporkan bersiap siaga untuk menghadapi PRK Mahkota susulan kematian Sharifah Azizah akibat pendarahan dalaman.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.

Beliau menewaskan calon PH, Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.

Pada PRU14 pula, calon Amanah yang menggunakan logo PKR, Muhammad Said Jonit menang kerusi DUN Mahkota dengan 19,507 undi dan meraih majoriti 1,668.

Said menewaskan calon BN, Jais Sarday yang meraih 17,839 undi dan calon PAS, Hasbullah Najib yang mendapat 3,092 undi. FMT

Amanah Kluang tuntut tanding PRK DUN Mahkota

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker