Promosi ‘kursus Injil’ depan surau, CFM sokong tindakan undang-undang

Promosi ‘kursus Injil’ depan surau, CFM sokong tindakan undang-undang

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyokong siasatan dan tindakan undang-undang untuk mengekalkan keharmonian dalam negara.

Kenyataan dibuat oleh Pengerusinya Philip Thomas itu susulan penularan video kontroversi sekumpulan individu dirakam mempromosikan ‘kursus Injil’ percuma di hadapan sebuah surau di Melaka.



Sambil menyatakan kebimbangan terhadap penularan video berdurasi 16 saat itu, beliau turut mengesahkan tiada ahli gabungannya terbabit dalam kegiatan terbabit.

“Tiada individu, kumpulan atau komponen kami iaitu gereja Roman Katolik, Majlis Gereja-Gereja Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship terbabit dalam insiden itu.

CFM menyokong gesaan supaya pihak berkuasa menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang untuk mengekalkan keharmonian di negara, katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Polis Melaka Zainol Samah dilaporkan Bernama berkata polis telah menerima empat laporan mengenai aktiviti sekumpulan individu yang dirakam mempromosikan ‘kursus Injil’ percuma di hadapan sebuah surau Bandar Hilir, baru-baru ini.



Khamis lalu, Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Tan Hoe Chieow mengecam tindakan itu dan menegaskan kumpulan agama harus beretika dalam menyebarkan agama masing-masing.

Tan juga menggalakkan jawatankuasa surau ‘mengusir kumpulan itu’ jika mereka kembali lagi dan membuat laporan polis.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 16 saat di media sosial menunjukkan sekumpulan individu duduk atau berdiri berhampiran troli buku dengan satu poster ‘Free Bible Courses’ di hadapan sebuah surau. FMT

Promosi ‘kursus Injil’ depan surau, CFM sokong tindakan undang-undang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker