Intel akan buang lebih 15,000 pekerja

Intel akan buang lebih 15,000 pekerja

INTEL memaklumkan mereka akan membuang lebih 15,000 orang pekerja pada syarikat berkenaan, melibatkan lebih 15 peratus tenaga kerja Intel.

Langkah ini dilakukan sebagai salah satu kaedah dalam penjimatan kos menjelang 2025.



Di samping itu, Intel juga akan mengurangkan perbelanjaan pemasaran serta penyelidikan sehingga ke tahun 2026 akan datang.

Penstrukturan semula syarikat tersebut juga dijangka melibatkan penghentian sejumlah pekerjaan yang tidak penting, serta akan melihat kembali kepada pelbagai projek yang sedang aktif dibangunkan.

Melalui penyata kewangan terkini, Intel mengumumkan kerugian sebanyak $1.6 bilion untuk tempoh suku kedua 2024.

Intel juga dilihat tidak begitu menerima kesan daripada permintaan tinggi dalam arena kecerdasan buatan – yang mana diterajui oleh pelbagai pengeluar cip pemprosesan yang lain.



Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan adakah penstrukutran semula syarikat berkenaan akan berjaya memulihkan kembali syarikat tersebut atau sebaliknya. Awani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker