PRK Nenggiri: Letak bekas ahli PAS untuk elak boikot

PRK Nenggiri: Letak bekas ahli PAS untuk elak boikot

Pemilihan bekas ahli PAS Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK Nenggiri dibuat bagi mengelakkan boikot daripada jentera jika wakil Bersatu diletakkan.

Mohd Ridzwadi, 41, bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang dilaporkan menyertai Bersatu, dua hari sebelum diumumkan sebagai calon Isnin lalu.



Sumber yang juga pemimpin Bersatu mengakui keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir ahli parti terbabit namun ‘yakin’ sentimen berkenaan boleh diatasi menjelang PRK 17 Ogos ini.

Menurutnya, pada awalnya Bersatu mempertimbangkan meletak bekas ketua Pemuda Umno Gua Musang Sheikh Razali Hamad dan penggawa kerajaan di Dabong Sun Najaman Muhamad, namun difahamkan ada pertembungan pendapat antara pimpinan parti.

Namun, selepas perbincangan lanjut antara pimpinan PAS dan Bersatu, sumber berkata mereka memutuskan meletakkan Rizwadi yang mempunyai pengaruh tersendiri berbanding dua calon awal dipertimbangkan yang salah seorangnya bukan berasal dari Nenggiri.

“Kita tidak nafi langkah letak Rizwadi itu bagi mengelak boikot daripada parti tertentu dalam gabungan PN.



Pencalonannya diterima majoriti pemimpin serta jentera PAS dan Bersatu…kita masuk bertanding untuk menang bukan letak calon (daripada Bersatu dan PAS), katanya.

Walaupun ada segelintir penyokong tak puas hati dalam Bersatu, ia tidak bawa kesan sebab bila calon sudah dimuktamad semua akan akur dan berusaha menangkan calon PN.

PAS Gua Musang sebelum ini berharap calonnya diberi laluan bertanding PRK DUN Nenggiri dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan, merujuk tindakan penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata pihaknya menerima keputusan pucuk pimpinan memilih bekas pemimpinnya menyertai Bersatu menjadi calon PN PRK Nenggiri.



“Tidak berbangkit beliau calon import daripada PAS, kita faham langkah itu dibuat bagi memenuhi perjanjian kuota kerusi maka diberi kepada Bersatu.

Beliau juga sudah berjanji secara terbuka yang membuktikan komitmen kesetiannya jika dipilih, ini bagi jaminan pisang tidak akan berbuah dua kali (ikut jejak Azizi), katanya.

Rizwadi yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka berdepan calon Barisan Nasional (BN) Azmawi Fikri Abdul Ghani. FMT

PRK Nenggiri: Letak bekas ahli PAS untuk elak boikot



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker