PRK Nenggiri: Nama Ustaz Wadi dipilih selepas PN tapis senarai panjang – Annuar Musa
PRK Nenggiri: Nama Ustaz Wadi dipilih selepas PN tapis senarai panjang – Annuar Musa
KOTA BHARU: Pemilihan calon untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan, dibuat hasil penelitian terhadap senarai panjang merentasi ahli parti demi menampilkan calon terbaik.
Pengarah Operasi PRK DUN Nenggiri PN, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendekatan itu diambil untuk memastikan pengundi di kawasan itu tidak lagi ditipu sebagaimana didakwa dilakukan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi berkenaan sebelum ini.
Beliau berkata, apabila Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu mengumumkan calon membabitkan Ketua Pemuda bahagian yang dikenali penduduk sebagai seorang kontraktor projek dan berniaga, maka sudah tentu PN perlu menampilkan calon lebih baik dan diterima masyarakat untuk menjadi wakil rakyat mereka.
“Satu senarai panjang sudah diteliti dan ditapis PN daripada kalangan penduduk dan pengundi tempatan untuk diangkat menjadi calon. Senarai diteliti merentas ahli parti kerana yang terpenting kali ini ialah keperibadian lebih baik.
“Di sinilah, PN sekali lagi mendepani serta memperagakan politik matang serta strategi demi berlaku adil kepada pengundi tanpa mengira parti. Akhirnya, umpama satu kejutan tetapi manis apabila sosok muda tetapi matang yang dipilih. Mohd Rizwadi Ismail atau dikenali sebagai Ustaz Wadi tidak pernah melobi.
“Beliau juga tidak pernah berniaga atau bermain projek untuk diri, sebaliknya berpengalaman lebih 10 tahun berkhidmat kepada negara sebagai perajurit, pernah melalui latihan dan disiplin ketenteraan, serta bergiat dalam bidang dakwah dan keagamaan,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook, malam tadi.
Annuar menjelaskan, calon daripada BERSATU itu juga mempunyai kepetahan bertutur yang baik untuk bersuara di DUN serta dihormati dan dikenali penduduk setempat, selain sentiasa berada bersama masyarakat Nenggiri.
Beliau berkata, kriteria itu amat penting dalam perjuangan mewakili suara rakyat kawasan Nenggiri.
“Alhamdulillah, kini Nenggiri mempunyai Ustaz Wadi yang sekiranya mandat bakal diberikan, beliau akan bersuara dan berjuang untuk menebus maruah rakyat Nenggiri,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan Mohd Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, diumumkan sebagai calon daripada BERSATU untuk bertanding mewakili PN pada PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos depan. BH
PRK Nenggiri: Nama Ustaz Wadi dipilih selepas PN tapis senarai panjang – Annuar Musa
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat