Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah

Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah

Sumber berkata, tiga suspek bersama seorang lagi individu dipercayai menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan membabitkan projek perumahan hampir RM110 juta.

Tiga lelaki termasuk seorang bekas pegawai sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bergelar Datuk direman lima hari kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan projek perumahan di Pahang hampir RM110 juta.



Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin mengeluarkan perintah reman bermula semalam hingga 3 Ogos ini bagi semua suspek berusia 40 hingga 60-an itu susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Sumber SPRM berkata, tiga suspek bersama seorang lagi individu dipercayai menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai balasan menandatangani perjanjian pembangunan tambahan (SDA) membabitkan Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan lembaga pengarah SPNB.

Perjanjian yang ditandatangani ini dipercayai mengandungi klausa berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit, katanya.

Menurutnya, semua suspek ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira 6.30 hingga 7 malam Isnin lalu, tetapi seorang daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas memberi keterangan.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan tiga suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. FMT

Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker