Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang

Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang

Penyampai radio sensasi, Tyzo Xander, 48, mengakui sudah terbiasa hidup ‘membujang’ menyebabkan dia masih perlukan masa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Terdahulu, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris tidak menafikan terkejut dengan pengakuan usahawan ‘online’ popular juga anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli yang mempunyai perasaan cinta terhadapnya.



“Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.

“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.

“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Tyzo, dia okay dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak, cuma sekarang situasi dirinya yang mahu memberi fokus kepada karier penyampai radio di stesen baharu disertai iaitu IKIMfm.



“Perjalanan karier saya pun masih ‘bertatih’ lagi buat masa ini selepas apa yang berlaku pada awal Januari lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk memberi lebih fokus pada karier penyampai radio yang digalas ini.

“Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi. Macam yang saya cakap, saya masih perlukan masa berfikir kerana kalau nak kahwin biarlah lama dan bukan cuma seminggu dua saja,” katanya.

Tyzo berkata, dia juga selama ini mengambil pendekatan tidak berkongsi cerita peribadi dalam temubual bersama media, termasuk perkongsian hantaran di akaun media sosialnya kerana selesa dikenali dengan bakat.

Baru-baru ini, Lydia dan Tyzo bagaimanapun kelihatan hadir berdua pada majlis sambutan ulang tahun kedua pasaraya ST Rosyam Mart milik pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor di Sungai Buloh, Selangor.



Lydia atau nama sebenarnya Nor Lydia Rosli yang ditemui media mengakui, dia pernah ada perasaan cinta yang menebal terhadap Tyzo dan berhasrat ingin berkahwin dengan lelaki asal Perak itu, tahun lalu.

Menurut Lydia, dia juga sudah puas menangis hampir setiap malam sebelum ini apabila terkenangkan perasaan cinta tulusnya terhadap Tyzo seolah-olah tidak berbalas dan kini menyerahkan urusan jodoh mereka pada ketentuan takdir.

Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial. HM

Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker