ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan

SELEPAS berjaya dengan ST Rosyam Mart, Rosyam Nor akan buka pusat beli-belah pertama tahun depan.

ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan

Selepas berjaya memiliki enam pasar raya ST Rosyam Mart, kini pelakon dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor bakal memperkukuhkan jenamanya dengan membuka kompleks beli-belah.

Menurut Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, kompleks beli-belah itu akan mula beroperasi tahun hadapan dengan nama ST Rosyam Mall.

“Alhamdulillah, perniagaan ST Rosyam Mart semakin berkembang. September nanti kami akan buka cawangan baru di Senawang, Negeri Sembilan. Ini adalah cawangan pertama di luar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tahun hadapan pula kami akan buka ST Rosyam Mall yang pertama. Tetapi saya belum boleh dedahkan dengan terperinci maklumat di mana lokasinya dan sebagainya.

“Apa yang akan dijual di situ nanti berbeza dengan apa yang ada di ST Rosyam Mart. Saya mahu menggalakkan usahawan tempatan yang mempunyai produk untuk bersama-sama dengan kami,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart cawangan Sungai Buloh, di sini baru-baru ini.

Selain kompleks beli-belah, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu turut menyasarkan untuk membuka 25 cawangan ST Rosyam Mart menjelang 2027.

“Selepas ini kami mahu memperluaskan lagi jenama ST Rosyam Mart ke negeri-negeri lain pula.

“Insya-Allah, dalam perancangan kami mahu buka cawangan baharu di Pahang. Kami masih meninjau lokasi-lokasi strategik termasuklah Bentong, Temerloh atau Jerantut,” kongsinya.

Mahu membantu rakan-rakan selebriti yang berniaga, Rosyam turut membina satu ruangan khas diberi nama ‘Celebrity Corner’ di setiap cawangan ST Rosyam Mart untuk menempatkan produk-produk keluaran mereka.

Antara selebriti tempatan yang menempatkan produk mereka di sini ialah Noraniza Idris, Diana Danielle, Tyzo Xander, Lana Nodin, Wak Doyok, Datin Fouziah Gous, Datuk Cef Wan dan ramai lagi.

“Kebanyakan produk selebriti yang terdapat di sini adalah makanan. Untuk produk lain seperti pakaian dan sebagainya mungkin akan ditempatkan di ST Rosyam Mall nanti.

“Kami turut menitikberatkan kualiti produk yang dijual disini. Ada petugas yang akan menguji produk-produk ini terlebih dahulu sebelum dijual. Kami tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari jika terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini.

“Kebiasaannya produk-produk selebriti ini paling tidak pun ada sijil daripada MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri). Kalau ada logo Halal lebih bagus,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Rosyam berjudul X-Change kini hangat ditayangkan di saluran Astro selain masih terikat dengan penggambaran filem Kluang Man yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. K Online

ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker