Sheriff: Narko Integriti jaguh kampung?

Sheriff: Narko Integriti jaguh kampung?

Meskipun tayangan filem Sheriff: Narko Integriti (Sheriff) di Indonesia tidak mendapat sambutan baik, itu bukan bermakna ia hanya sekadar karya yang layak dilabel sebagai ‘jaguh kampung’.

Kejayaan besar dicatat pada kutipan ‘box-office’ di tanah air iaitu lebih RM60 juta sudah memadai untuk membuktikan betapa filem Sheriff mampu memenuhi cita rasa penonton tempatan.



Pelakon utamanya, Zul Ariffin, 38, bagaimanapun menyifatkan tidak wajar untuk filem sehebat Sheriff dilabel ‘jaguh kampung’ hanya kerana kegagalan mendapat sambutan di Indonesia.

“Bagi saya, Sheriff sudah digarap serta dihasilkan oleh Syafiq Yusof sebagai seorang pengarah muda dengan sangat baik. Bayangkan pada usia 32 tahun, dia sudah mencipta kejayaan tersendiri dalam filem.

“Malah, saya dapati filem ini (Sheriff) juga mendapat ‘review’ sangat baik di sana (Indonesia) sebagai mana diperkatakan ramai orang di Malaysia meliputi jalan ceritanya, aksi dipaparkan dan lain-lain lagi.

“Cuma, mungkin juga ia kurang diterima di sana kerana mereka (penonton) sebenarnya tidak ‘familiar’ dengan konsep cerita ini. Tapi, kalau nak kata ‘jaguh kampung’ (Sheriff) macam tak kena,” katanya ditemui baru-baru ini.



Terdahulu, Zul hadir menjayakan forum ‘The Actor’s Chair’ iaitu salah satu program bual bicara perfileman yang berlangsung sempena penganjuran Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-7 di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

Selain Zul, pelawak dan pelakon Zizan Razak juga diundang dalam forum berkenaan kerana mereka berdua adalah antara juri dipilih untuk menilai filem-filem daripada dalam dan luar negara di MIFFest itu.

Menurut Zul lagi, jika filem dengan kutipan melebihi RM60 juta seperti Sheriff dikatakan ‘jaguh kampung’, jadi taraf ‘jaguh kampung’ untuk jumlah kutipan filem Indonesia di sana pula berapa?.

“Kalau filem kita di sini (Malaysia) sudah berjaya dibuat kutipannya (box-office) mencecah lebih RM60 juta sehingga pernah RM100 juta, jadi kalau Indonesia punya ‘jaguh kampung’ pula berapa juta? (kutipan),’ saya tak tahu.



“Malah, kena tahu juga genre (filem) apa yang mereka buat (pecah panggung), keseluruhan kutipan diperoleh, kita pun tak tahu (perkara itu). Jadi, sama jugalah kalau filem mereka (Indonesia) yang ditayangkan di sini gagal, bolehlah dilabel ‘jaguh kampung’ juga?

“Tapi, inilah namanya (industri) filem. Macam Sheriff, pasti ada orang yang minat (menonton) dan ada juga tidak minat. Begitu juga saya, ada minat cerita-cerita (filem) tertentu, tapi karya itu tak dapat sambutan baik di Malaysia.

“Masing-masing punya selera, kita tak tahu. Tapi, nak bawa orang (penonton) datang ke panggung wayang bukan ‘task’ yang senang. Itu penggiat industri filem memang dah tahu. Nak buat filem terbaik itu boleh, namun untuk pastikan orang datang menonton (wayang), satu cabaran lain,” katanya.

Tidak hanya mendapat tayangan di 100 pawagam di Indonesia pada 23 Mei lalu, Sheriff: Narko Integriti juga berjaya menembusi pasaran tayangan filem itu di Hong Kong pada 6 Jun lalu, selain tayangan di Brunei dan Singapura.



Selain Zul, barisan pelakon lain yang membintangi filem aksi terbaik Malaysia ini ialah Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Timba ilmu, kongsi pengalaman

Sudah 16 tahun aktif dalam karier lakonan sejak 2008, Zul sentiasa terbuka untuk menimba ilmu baharu bagi memantapkan lagi kemahiran seni lakonannya dan berkongsi pengalaman dimiliki.

Jelasnya, pembabitan sebagai juri dalam penganjuran MIFFest tahun ini adalah rezeki dan tanggungjawab besar digalas bagi menilai filem yang betul-betul terbaik dari dalam dan luar negara untuk diberi pengiktirafan.



“Saya dapati kebanyakan filem terbaik luar negara yang menyertai MIFFest ini, genre karyanya pelbagai dan mempunyai jalan cerita sangat menarik. Olahan dalam cerita juga mantap.

“Peluang menonton filem-filem hebat ini untuk dinilai turut memberi saya inspirasi baharu dalam persembahan lakonan. Ini kerana, ramai juga pelakon filem yang bertanding itu cukup bagus ‘acting’ mereka,” katanya.

Menurut Zul, industri perfileman masa kini sememangnya sudah berkembang sangat pesat, di mana kebanyakan jalan cerita dan genre diketengahkan agak mantap dengan corak lakonan berkesan.

“Ilmu lakonan daripada filem asing luar negara ini bagi saya wajar diambil untuk menginspirasi diri. Ini kerana, masih ada teknik-teknik lakonan yang belum kita cuba walaupun dah lama berlakon,” katanya. HM



Sheriff: Narko Integriti jaguh kampung?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker