Rider lelaki digoda pelanggan

Lelaki pun tak selamat sekarang.

Rider lelaki digoda pelanggan

Kerja rider sering dilihat mudah kerana hanya perlu menghantar barangan yang dipesan. Tapi ada kalanya tugas mereka juga sering terganggu kerana menerima permintaan yang bukan-bukan dari pelanggan di aplikasi.

Baru-baru ini, seorang rider yang hanya dikenali sebagai @mifzz57 telah berkongsi beberapa tangkap layar perbualan ‘seram’ antara dirinya bersama segelintir pelanggan yang membuat pesanan menerusi aplikasi.



Lebih mengejutkan lagi, apabila ada pelanggan yang sanggup membayar dengan cara lain agar boleh mendapatkan makanan secara percuma.

Itu tidak kira lagi, ada pelangan yang secara terang-terangan meminta rider yang mengambil job tersebut mestilah sporting kerana mahu melakukan hubungan seks.

Selain Grab, dia turut mencuba aplikasi p-hailing lain iaitu Lalamove untuk mengelakkan gangguan seksual tersebut namun masih menghadapi situasi yang sama.



Katanya lagi , semua ini adalah dugaannya sebagai seorang rider. Dalam ruangan kapsyen pula, dia turut menulis ‘Apa lah nasib’ seperti meluahkan kekecewaan dengan cabaran yang dihadapi di dalam dunia rider.

Hantaran rider itu telah meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan, 104.7k likes dan juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya bagaimanapun meluahkan rasa terkejut melihat mesej-mesej permintaan yang lucah oleh pelanggan kepada abang rider.

Ramai juga memuji keteguhan lelaki itu yang memilih untuk tidak menerima job daripada pelanggan sebegini dek kerana mahu meraih pendapatan yang halal.



Dalam masa sama, golongan wanita turut meluahkan rasa tidak senang dengan permintaan bukan-bukan yang mungkin diterima oleh pasangan mereka selama ini sewaktu menjadi rider. Vc

Rider lelaki digoda pelanggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker