Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu

Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mereka cerita bahawa dia hampir diculik individu yang tidak dikenali menaiki van putih bagi mengelakkan diri daripada dimarahi ibunya kerana lambat pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, siasatan yang dijalankan mendapati dakwaan kejadian itu berlaku di berhampiran sekolah di Taman Ulu Tiram, di sini adalah tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan itu kelmarin daripada seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun yang mengadu mengenai cubaan melarikan anak lelakinya oleh individu tidak dikenali.

“Kejadian itu didakwa berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika remaja itu ingin pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada 6.45 petang, 3 Jun lalu.

“Polis mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberi perhatian serta mengawasi pergerakan anak sama ada ketika berada di dalam rumah atau luar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, pihak polis telah mengesan satu hantaran tular di platfom media sosial mengandungi laporan polis dengan kapsyen ‘kes culik budak bukit tiram’ yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook Warga Sungai Tiram & Ulu Tiram.

Bagaimanapun, hantaran tular itu telah dipadam dan pautan tersebut tidak lagi dapat diakses.

Menerusi maklumat yang tular, remaja itu mendakwa dihampiri seorang lelaki yang memakai topeng muka dan cermin mata hitam selain memiliki pisau hingga mengakibatkan dia melarikan diri dari lokasi kejadian. K Online

Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker