Polis siasat remaja pandu kereta, bawa adik bersiar

Polis siasat remaja pandu kereta, bawa adik bersiar

Polis sudah mengenal pasti keluarga seorang remaja berusia 14 tahun yang memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Sepang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.



Beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja didakwa berusia 14 tahun dan turut dinaiki dua kanak-kanak dipercayai adiknya.

Menerusi rakaman itu, kereta dipandu remaja terbabit agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan tersebut, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. FMT



Polis siasat remaja pandu kereta, bawa adik bersiar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker