Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu

Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu

Pelakon Jasmine Suraya berharap peminat tidak memperbesar-besarkan tindakannya memegang anjing ketika menaiki kereta api bawah tanah di Amerika Syarikat.

Sebagai penganut agama Kristian, Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, berkata, dia menghargai setiap pandangan peminat terutama melibatkan larangan memegang haiwan tersebut dalam kalangan masyarakat Islam.



“Bagi saya perkara ini sangat sensitif. Terus-terang saya sangat berterima kasih dan menghargai setiap komen malah faham mengenai pandangan serta niat peminat.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan perbalahan tetapi ini juga bukan pertama kali perkongsian saya dalam media sosial disalah erti sehingga mewujudkan perbalahan antara beberapa pihak.

“Namun, apa yang saya harapkan agar perkongsian saya tidak menjadi punca berbalahan antara peminat untuk membahaskan perkara yang sensitif.” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu turut meluahkan rasa kesal kerana tujuan asalnya adalah sekadar berkongsi tentang keadaannya di New York bagi menonton tayangan filem Reversi arahan Adrian Teh di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-23.



“Tujuan saya pergi New York kerana memenuhi jemputan pengarah Adrian Teh yang mengajak saya menonton filem Reversi. Filem itu akan ditayangkan di Malaysia hujung tahun ini.

“Kami masih berkawan baik selepas filem Paskal dan Pasal Kau. Saya amat menghargai niat baik Adrian dan pada masa yang sama teruja sebab filem ini belum ditayangkan di Malaysia, tetapi saya menjadi antara orang pertama yang menontonnya,” jelas Jasmine.

Jasmine turut memohon maaf jika perkongsiannya itu menyinggung sesetengah pihak sehingga mengakibatkan buli siber.

“Saya minta maaf dan mengharapkan agar khalayak tidak memandang sesuatu perkara itu terlalu serius sehingga mengakibatkan pergaduhan.



“Perbuatan ini boleh mendorong ke arah buli siber. Saya sedar segelintir masyarakat mengambil perkara dalam sosial media itu terlalu serius sehingga tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

“Bagaimanapun, kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dibahaskan dan pengguna media sosial lebih cakna sebelum mengeluarkan kata-kata di internet,” jelasnya.

Untuk info Jasmine melanjutkan pelajaran di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles sejak April lalu.

Institusi Perfileman dan Teater Lee Strasberg juga berjaya menghasilkan graduan berbakat yang kini bergelar bintang terkenal antaranya Angelina Jolie, Chris Evens, Scalett Johansson dan Lady Gaga. K Online



Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker