Olimpik 2024: Pearly-Thinaah melangkah ke suku akhir

Olimpik 2024: Pearly-Thinaah melangkah ke suku akhir

PARIS: Pasangan beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M Thinaah layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024, selepas melakukan satu lagi kejutan pada perlawanan terakhir Kumpulan A.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, yang dalam misi mesti menang mereka pada perlawanan peringkat kumpulan, mengejutkan pasangan kesembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-18, 21-9 di Porte de La Chapelle Arena.



Pada perlawanan yang mendebarkan itu, Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan ke-13 dunia, bermain dalam perlawanan yang sengit sebelum menang set pertama, dan berjaya menguasai set kedua untuk menang dalam masa 45 minit.

Pasangan negara yang sebelum ini tewas kepada juara Dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan pada Sabtu, berjaya melakukan kejutan dengan mengalahkan juara dunia dua kali, pasangan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun semalam, bagi menghidupkan semula harapan mereka.

Terdahulu Qing Chen-Yi Fan, mengungguli kumpulan A selepas mengalahkan Matsumoto-Nagahara 21-16, 21-15.

Sebelum ini pasangan beregu wanita negara hanya sekali layak ke suku akhir Sukan Olimpik iaitu di Rio 2016, apabila pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei tewas kepada juara acara itu Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.



Sukan Olimpik 2024 turut menyaksikan pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah slot ke suku akhir.

Pemain profesional perseorangan Lee Zii Jia (lelaki) dan Goh Jin Wei (wanita) pula hanya akan mengetahui nasib mereka selepas perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Rabu. FMT

Olimpik 2024: Pearly-Thinaah melangkah ke suku akhir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker