Olimpik 2024: Nada Hafez hamil 7 bulan masih beraksi hebat

Atlet lawan pedang Mesir

Atlet lawan pedang Mesir, Nada Hafez (kanan) bersaing di temasya Olimpik Paris ketika hamil tujuh bulan.

Olimpik 2024: Nada Hafez hamil 7 bulan masih beraksi hebat

PARIS: Atlet lawan pedang Mesir, Nada Hafez, mendedahkan dia meraih kemenangan pertamanya di Olimpik dalam acara saber wanita pagi tadi ketika hamil tujuh bulan.

Hafez, 26, bersaing dalam Olimpik ketiganya, menewaskan pemain nombor 10 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Tartakovsky, dengan keputusan 15-13 sebelum kalah 7-14 kepada Jeon Hayoung dari Korea Selatan dalam pusingan 16 akhir di Grand Palais.

Menurut Hafez, dia berbangga bukan hanya dengan prestasinya, tetapi juga kerana bersaing semasa mengandung.

“Apa yang anda lihat ialah dua pemain di podium, sebenarnya adalah tiga! Ia adalah saya, pesaing saya, dan bayi kecil saya yang belum lahir!

“Saya menulis hantaran ini untuk mengatakan bahawa rasa bangga memenuhi diri saya kerana memastikan tempat saya di pusingan 16 akhir… Olimpik kali ini berbeza.

“Tiga kali menyertai Olimpik tetapi kali ini saya membawa seorang peserta Olimpik kecil!,” tulis Hafez di Instagram.

Hafez, yang sebelum ini bersaing di Sukan Olimpik pada tahun 2016 dan 2021, berkata, dia mendedahkan berita itu untuk ‘menerangkan kekuatan dan ketabahan wanita Mesir’. BH

Olimpik 2024: Nada Hafez hamil 7 bulan masih beraksi hebat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker