Olimpik 2024: Dua petinju lelaki layak beraksi dalam tinju wanita

Olimpik 2024: Dua petinju lelaki layak beraksi dalam tinju wanita

PARIS: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membenarkan dua petinju wanita yang gagal memenuhi kriteria jantina di Kejohanan Dunia tahun lalu untuk beraksi di Paris 2024.

Imane Khelif dari Algeria dibatalkan penyertaannya sebelum penentuan pingat emas di Kejohanan Dunia Wanita yang berlangsung di New Delhi tahun lalu selepas dia gagal melepasi kriteria kelayakan jantina Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).



Juara dunia dari Taiwan, Lin Yu-ting turut kehilangan pingat gangsa di kejohanan itu selepas gagal memenuhi kriteria berkenaan.

Ketika itu, presiden IBA, Umar Kremlev berkata, kedua-dua petinju berkenaan mempunya kromosom XY.

Acara tinju di Olimpik Paris diuruskan oleh Paris Boxing Unit (PBU), jawatankuasa ad-hoc yang dibentuk oleh Lembaga Eksekutif IOC.



“Semua atlet yang bertanding di kejohanan tinju Olimpik Paris 2024 memenuhi kriteria pertandingan,” kata IOC.

Khelif akan berdepan Angela Carini dalam kategori welterweight pada Khamis, manakala Yu-ting bertemu pemenang antara Marcelat Sakobi dan Sitora Turdibekova dalam kategori featherweight pada Jumaat. BH

Olimpik 2024: Dua petinju lelaki layak beraksi dalam tinju wanita

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker