Muhammad Effzaldanish dilapor hilang ketika pulang sekolah di Muar

Muhammad Effzaldanish dilapor hilang ketika pulang sekolah di Muar

MUAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh semalam.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata remaja berkenaan Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy, ketika dilaporkan hilang berpakaian seragam sekolah menengah iaitu kemeja putih dan berseluar hijau lumut.



“Laporan kehilangan remaja itu dibuat ahli keluarganya hari ini. Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan remaja berkenaan.

Remaja berkenaan dianggarkan berketinggian 160cm dan berat 50kg, selain mempunyai bentuk badan yang kurus, rambut lurus serta berkulit sawo matang, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Seventy menerusi talian 011-16251909 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar 06-9564800.

Difahamkan remaja itu tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan semalam, setelah tamat sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang jaraknya hanya 200 meter dari kediamannya. FMT



Muhammad Effzaldanish dilapor hilang ketika pulang sekolah di Muar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker